Wednesday, November 11, 2009

Lelaki bergosip?


Kajian dapati gosip di kalangan lelaki hanya sekadar selingan ketika berbual bersama rakan


GOSIP. Istilah ini cenderung dikaitkan dengan dunia showbiz. Mengapa begitu? Sedangkan perbualan mengenai cerita atau skandal ahli politik, pemain bola sepak atau individu terkenal juga berbau gosip. Cuma mungkin ia tidak digelar gosip tetapi lebih kepada sembang-sembang atau borak kosong.


Gosip boleh ditafsirkan sebagai perbualan yang mempunyai nilai, menyentuh perihal atau peribadi seseorang yang tidak berada di tempat perbualan. Gosip biasanya timbul melalui sesi borak-borak bersama rakan.


Definisi pengkaji psikologi terhadap gosip tidak mengklasifikasikan perbuatan ini hanya membabitkan kritikan atau memperkecil-kecilkan orang lain. Kajian yang dilakukan sebelum ini menunjukkan, kritikan dan penilaian negatif hanya membentuk sebahagian kecil daripada perkara yang sering menjadi bahan gosip.


Kebanyakan perbualan gosip berkisar cerita seseorang yang dikaitkan dengan individu lain serta pengalaman sosial yang dilalui seseorang.


Penilaian yang dibuat dalam perbualan yang menjurus kepada elemen gosip tidak selalunya negatif. Ada yang bergosip mengenai tepatnya seseorang memilih pasangan kekasih, mengenai kerjaya atau apa saja perkara menarik yang dilakukan individu terbabit.


Perkara utama dalam gosip lazimnya membabitkan lebih daripada berkongsi cerita dan maklumat mengenai kehidupan atau hubungan seseorang. Ini diperkuatkan dengan elemen ekspresi, pendapat atau perasaan mengenai cerita atau maklumat berkenaan. Pendapat atau perasaan ini mungkin tersirat atau disampaikan secara halus.


Gosip juga tidak semestinya membabitkan apa yang dilakukan pihak ketiga saja. Gosip juga boleh membabitkan hal si tukang gosip yang mungkin menarik untuk diperbincangkan. Cerita peribadi tukang gosip inilah yang lazim berkembang kepada gosip lain.


Subjek paling kerap dijadikan bahan gosip pastinya selebriti dan individu dikenali ramai. Lihat saja bagaimana rancaknya sebaran gosip mengenai perkembangan peribadi selebriti dalam industri hiburan. Apa saja berita atau perkara yang dilakukan mereka, tidak kira sudah disahkan benar ataupun tidak akan mengundang minat masyarakat untuk diperbualkan.


Perbuatan gosip cenderung dikaitkan dengan wanita. Namun, kajian yang dilakukan sebelum ini mendapati, lelaki juga bergosip cuma tempoh masa yang diluangkan dikatakan berbeza sedikit berbanding wanita.


Lelaki dan wanita dikatakan meluangkan tempoh masa yang hampir sama dalam membicarakan soal hubungan peribadi. Manakala bagi cerita membabitkan sukan popular seperti bola sepak, lelaki lebih banyak meluangkan masa membicarakannya.


Lelaki dikatakan cenderung membicarakan subjek penting seperti politik, kerja, seni, hal akademik berbanding wanita. Namun, keadaan ini berubah jika perbualan itu turut membabitkan wakil wanita.


Apabila berada dalam kumpulan jantina sama. lelaki akan berbicara atau bergosip mengenai perkara yang disifatkan penting itu tadi. Namun, jika perbualan itu disertai wanita, sesetengah lelaki cenderung berbual mengenai topik yang lebih sensasi dan menarik.


Lelaki juga menghabiskan lebih banyak masa memperkatakan perihal diri sendiri. Lelaki juga dilihat meluangkan dua pertiga perbualan kepada perhubungan sendiri sedangkan wanita, hanya satu pertiga saja perbualan mereka membabitkan diri sendiri.


Apabila ditanya tabiat bergosip lelaki dan wanita, ramai lelaki menafikan mereka suka bergosip. Kebanyakan wanita pula mengakui mereka terjebak dengan tabiat ini.


Bagaimanapun, jika dinilai lebih mendalam, lelaki dan wanita masing-masing terbabit dalam perlakuan ini. Cuma apa yang dipanggil gosip di kalangan wanita, didefinisikan pula sebagai ‘pertukaran maklumat’ bagi lelaki. Mungkin golongan lelaki tidak suka perbuatan bertukar maklumat mereka itu dilabel sebagai gosip, seolah-olah tidak ada kerja yang lebih baik hendak dilakukan.


Pakar motivasi, Prof Izzudin Ali, ketika ditanya isu lelaki dan gosip mengulas, rata-rata lelaki lebih berminat berborak dan mendengar cerita lebih serius seperti politik, ekonomi dan kerjaya. Ini mungkin dipengaruhi tanggungjawab yang dipikul mereka. Berbeza dengan wanita yang boleh berbual mengenai apa saja yang mengikut pertimbangan mereka, menarik untuk dibicarakan.


Prof Izzudin menambah, keadaan berbeza bagi lelaki mungkin disebabkan sifat mereka lelaki yang tidak begitu berminat berkongsi pendapat peribadi mereka mengenai sesuatu perkara.


“Subjek yang selalunya menarik minat lelaki apabila berada bersama rakan adalah cerita politik atau isu yang ada kaitan dengan diri mereka sendiri.


“Jika tiada kaitan, mereka hanya akan berbual mengenainya ala kadar saja,” katanya


Ditanya sama ada lelaki suka atau tidak pada wanita yang mempunyai tabiat suka bergosip, Prof Izzudin berkata, rata-rata lelaki kurang berminat dengan wanita yang suka bergosip kerana perbuatan ini bukan hanya tidak bermanfaat malah mengundang padah.


Friday, October 30, 2009

Serlahkan Senyuman Si Dia...


Sukar membuatkan si dia tersenyum? Ikuti beberapa tip mudah yang membolehkan si dia tidak lokek melemparkan senyuman.


SENYUMAN itu sedekah. Kata-kata itu sudah cukup menggambarkan betapa senyuman itu hadiah berharga yang paling mudah untuk diberikan. Tidak perlu membahaskan ucapan panjang sebaliknya ukiran manis di bibir itu sudah cukup menceriakan sanubari insan.



Namun, bagaimana pula sekiranya si dia begitu terkenal dengan sikap lokek senyuman? Apakah yang anda rasai setiap kali menatap wajahnya yang masam atau moody itu?



Malah, kepayahan si dia menghulurkan senyuman membuatkan anda berasa malu dengan rakan-rakan setiap kali keluar bersama.


Mungkin banyak harapan dan persoalan ingin diajukan kepadanya tetapi anda berasa takut untuk menjelaskan ketidakpuasaan hati itu, bukan?



Suara rendah


Terdapat pelbagai cara untuk anda memberitahu dirinya agar sentiasa murah dengan senyuman. Apa yang perlu anda tahu ialah lelaki begitu sensitif terhadap isyarat badan seorang wanita.


Bertentang mata dengannya, menggunakan intonasi suara yang rendah, melakukan usapan lembut pada rambutnya dan sentiasa melemparkan senyuman walaupun dalam keadaan marah antara perkara yang mampu membuatkan si dia tersenyum.


Walaupun senyumannya hanya mengambil masa beberapa saat, hal ini akan menjadi satu kejutan buat diri anda. Ini kerana, si dia tidak menyangka yang anda mampu melakukan 'serangan' sebegitu rupa sehingga berjaya mengubah emosinya.



Kirim SMS


Sikapnya yang kedekut senyuman membuatkan anda terpaksa mengubah perangainya. Sekiranya anda sukar meluahkan menerusi ucapan, apa kata anda cuba memberitahunya melalui penghantaran sistem pesanan ringkas (SMS).


Senaraikan ketidakpuasan hati anda itu dengan penggunaan ayat yang jelas. Nyatakan juga sebab anda terpaksa melakukan sedemikian. Mungkin dengan cara itu, si dia dapat menerima segala permintaan anda dan belajar melemparkan senyuman setiap kali bersama anda mahupun rakan-rakan anda.


Dapatkan kepastian


Tanyalah tentang sesuatu perkara yang dia amat mengetahuinya. Contohnya, pasukan bola sepak yang digemarinya, mahupun jenis kereta. Ini kerana, lelaki mudah menguasai perkara-perkara sebegitu berbanding wanita. Lakukan seolah-olah dia seorang yang pakar dalam bidang tersebut. Kemudian, barulah anda meminta kepastian mengenai masalah yang dihadapinya.


Tanyakan kepadanya adakah senyuman itu mampu memberi kesan terhadap tingkah laku dan peribadinya? Sekiranya tidak, kenapa senyuman itu tidak diterjemahkan dengan sebaik-baiknya. Mungkin dengan persoalan anda itu, anda berjaya memperoleh jawapan yang dikehendaki selama ini.



Berikan pujian yang berasas


Memuji dirinya mengenai kelucuan atau kepintaran yang dia miliki selama ini sedikit sebanyak membantu anda mengubah emosinya yang lokek senyuman.


Cara ini mampu membuatkan si dia sedar dengan kelemahan diri sendiri dan terfikir untuk mengenalpasti kekurangan yang dihadapinya.


Tapi ingat, pujian yang tidak berasas mampu membuatkan dirinya mudah tersinggung.



Buat kejutan


Anda sudah ketandusan idea? Apa kata kali ini anda melakukan satu kejutan seolah-olah menandakan anda begitu mengharapkan senyuman daripadanya.


Caranya, hadiahkan kepadanya beberapa keping gambar kartun atau karikatur yang menggambarkan orang sedang tersenyum. Biarkan dia memikirkan sendiri apakah motif utama seni lukisan atau gambar yang dikirimkan itu. Langkah sebegini mampu membuatkan dirinya tersenyum sendirian

Wednesday, October 28, 2009

Tips Meluahkan Perasaan Cinta

Manusia yang mempunyai perasaan pasti pernah jatuh hati.

Ia boleh membuatkan seseorang itu gila bayang, takut dimalukan, malah bimbang ditolak terutama jika si dia sudah berpunya.

Bagi yg tidak pernah bercinta, pengalaman jatuh hati ini mungkin sesuatu yang aneh.

Mengungkapkan isi hati kepada si dia memang berat apatah lagi jika kita pemalu atau tiada pengalaman.


♥ Rancang dengan matang

◘ Kita perlu strategi dan latihan dalam segala aspek apabila mahu mengatakan cinta pada si dia.

◘ Untuk mengungkapkan cinta tidak boleh sebarangan sebaliknya, lihat tempat dan waktu yg sesuai. Jangan berbuat demikian ketika dia ada tetamu.


Kenali si dia dengan baik

◘ Hal ini penting supaya anda tidak kecewa pada saat menuturkan rasa cinta yg membara itu. Jika yakin anda akan diterima, jangan ragu².


Ungkapkan cinta dengan

◘ Ungkapan cinta tidak hanya dengan ucapan, tetapi seharusnya ada elemen lain, misalnya, selitkan bersama sesuatu yang amat digemarinya.

◘ Jika anda lelaki, berikan si gadis bunga mawar atau cincin, kerongsang. Jika anda perempuan, cukup dengan senyuman dan kata cinta.


Cari waktu dan tempat romantis

◘ Waktu paling tepat untuk mengatakan cinta ialah ketika saat terluang atau hari bersantai. Pilih tempat yang romantis.


Ungkapkan cinta secara langsung

◘ Si dia akan lebih menghargai jika anda berbicara secara langsung. Jangan mengatakan cinta melalui perantara seperti teman, telefon, surat atau e-mel.


Jika berani, ungkapkan cinta di depan umum

◘ Ini hanya berlaku untuk mereka yang bermuka tebal atau muka tembok sahaja.


Siapkan mental

◘ Ini juga perkara paling penting supaya semua rancangan tidak tergendala di tengah jalan. Jangan sampai suara tidak terkeluar atau peluh ketika mengungkapkan kata cinta.


Doa sebelum mengungkapkan cinta

◘ Perkara ini adakalanya dilupakan atau kadangkala dianggap remeh.

◘ Dengan berdoa, rancangan anda lebih membawa keberkatan. Jika ditolak, biarkan saja dan anda harus pasrah atau redha...

Monday, October 12, 2009

Rahsia Menambat Hati Perempuan..

Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, terutamanya dari orang yg disayangi. Oleh itu tunjukkan sifat keperihatinan dan kasih sayang yg tiada nilai kepada mereka. Bila mereka rasa terhibur dan bahagia mereka akan menjadi seorang pasangan yg amat setia dan cinta sepenuh hati. Sekiranya kasih sayang yg mutlak telah didambakan kepada orang yg disayanginya, segala pengorbanan akan dilakukan tanpa memberi sebarang nilai~itulah perempuan.

Gunakan sepenuh teknologi yg ada di zaman sekarang. Seringlah menelefon atau menghantar email untuk bertanyakan khabar atau paling minima mengucapkan 'Hai' utk menunjukkan bahawa dia sering di hati kamu. Bagi mereka walaupun satu ungkapan atau satu ayat, ia merupakan sesuatu yg sangat berharga dan begitu bahagia menerimanya.

Berkongsilah masalah dgn mereka, cuba dengar pendapat mereka, sekurang²nya mereka akan berasa yg mereka itu penting dalam diri kamu dan diperlukan.

Jangan kamu ambil remeh-temeh pada perkara yg amat penting bagi mereka. Mereka sangat kuat ingatan terhadap tarikh² penting,contohnya hari ulang tahun. Apa salahnya buat 'surprise' sekali sekala kepada org yg kita sayangi. Mereka akan dapat rasakan yg kamu betul² menyayanginya.

Perempuan terkenal dengan sifat manjanya. Mereka sering ingin melakukan sesuatu bersama org yang disayangi. Mereka akan meminta bantuan kamu walaupun mereka mampu melakukannya. Jangan menolak sekiranya kamu tiada halangan ketika itu. Inilah masanya untuk kamu tonjolkan ke'macho'an kamu!.

Pujuklah mereka dan tenangkan mereka sekiranya mereka dalam kesusahan. Ketika ini mereka benar² inginkan kamu di sisi mereka.

Jangan kedekut memberi pujian kepada mereka kerana mereka berhak mendapat pujian.

Berbincanglah kamu selagi kamu boleh berbincang dan berbincanglah bersama² dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Jangan kamu menggunakan kuasa veto kamu dalam membuat keputusan. Cuba memahami keinginannya dan kemahuannya. Sesetengah perempuan tidak suka menyatakan secara terus terang tentang apa yg mereka inginkan, kadang² mereka suka berkias dan memberi contoh 'cerita org lain' kepada kamu. jadi kamu kenalah peka dan gunakan kepakaran kamu untuk memenangi hati mereka.

Jangan lupa, mereka juga ada ego yg terselit di celah² kelembutan mereka. Apabila mereka terancam atau tercabar...lahirlah sifat amarah, cemburu dan cepat merajuk. Masalah akan timbul bagi mereka yg suka memendam terhadap sesuatu yg mereka tidak puas hati.

Mereka akan 'meletup' pada suatu hari.TETAPI kamu jangan sama² meletup. Kamu juga jangan lupa dalam diri kamu wujud satu sifat kepimpinan untuk menyelesaikan masalah yg timbul dalam keadaan yg terkawal. Cari sebab mengapa ia terjadi dan bawa berbincang. Di tahap kesabaran ini, toleransi dan komunikasi amat penting.

Lakukan dalam keadaan ketika mereka sudah 'sejuk'. Mungkin kamu juga boleh 'cool'kan diri kamu dengan berfikir secara positif contohnya mengapa mereka cemburu. Itu kerana mereka SAYANGkan kamu! ♥

Tuesday, October 6, 2009

Tips Petua Cairkan Lelaki

Pelbagai petua dan tips utk menambat hati insan tersayang. Bagi kaum wanita, mereka melakukan apa sahaja asalkan suami atau teman lelaki tetap setia di sisi.

Di sini diperturunkan 25 sifat yg perlu ada pada wanita supaya kaum lelaki tetap setia walaupun seribu godaan menanti mereka.

Kesemua petua ini tidak sukar untuk dipraktikkan kerana apa yg perlu anda lakukan hanyalah menonjolkan perkara positif yg ada pada diri anda supaya si dia menyedari kehadiran anda di sisinya.

Petua² tersebut adalah ~

1. Bentuk tubuh yg menarik. Susuk tubuh hebat sememangnya menjadi dambaan lelaki. Bagi wanita yg secara semulajadi mempunyai susuk tubuh persis model,peliharalah ia supaya kekal hingga bila². Bagi mereka yg terlebih montok pula, lakukan sesuatu agar susuk tubuh kembali langsing. Lelaki suka golongan wanita yg berusaha utk tampil cantik di hadapan mereka.

2. Selain bentuk tubuh, aset lain yg mampu menggegarkan hati lelaki ialah mata, punggung dan langkah yg kemas. Jangan pelik jika ada lelaki yg jatuh cinta kepada anda hanya kerana anda mempunyai jari yg runcing dan kuku yg bersih. Ini kerana selera setiap individu itu berbeza di antara satu sama lain.

3. Sentiasa tersenyum apabila berbicara. Cuma jangan keterlaluan kerana nanti si dia fikir anda 'tidak sihat' pula. Bagi mereka yg mempunyai pendidikan yg lebih tinggi daripada teman lelaki atau suami, jangan pula menunjuk² kerana lelaki sangat gemarkan wanita yg merendah diri dan tahu menghormati org lain.

4. Lemah lembut. Sifat ini cukup untuk mencairkan hati lelaki. Tapi awas, lelaki tidak suka wanita yg mengada² atau menunjukkan sikap manja yg berlebihan.

5. Jujurlah dgn teman lelaki atau suami anda. Si dia pasti akan menghargai anda kerana lelaki sangat suka dengan wanita yg jujur atau tidak menipu.

6. Penampilan yg sederhana. Jangan keterlaluan apabila bersolek kerana kebanyakan lelaki sukakan wanita yg mempunyai kecantikan yg semulajadi. Paling penting, anda perlu tahu bahawa kecantikan itu sangat subjektif. Lakukan apa yg dia suka dan elakkan perkara yg tidak digemarinya.

7. Jangan perasan walaupun anda sememangnya mempunyai paras wajah yg cantik. Kalau ada org lain memuji anda cantik, cukup dengan sekadar tersenyum. Si dia pasti bangga dengan sikapmu itu.

8. Bermanjalah dgn si dia apabila si dia memerlukan anda bersikap sedemikian. Selalunya apabila berada di dalam situasi yg romantik, lelaki juga suka bermanja atau dimanjakan. Ketika ini anda bolehlah menunjukkan kemahiran 'manja' yg anda miliki.

9. Bijak menyesuaikan diri di dalam apa jua situasi terutama apabila berada di hadapan khalayak ramai atau di majlis² rasmi. Pasti si dia tersenyum bangga melihat personalitimu itu.

10. Jangan bercakap perkara yg remeh temeh kepada si dia. Cakaplah perkara yg penting sahaja kerana perkara remeh temeh yg anda sampaikan itu hanya akan mebuatkan si dia menyampah jika anda suka bercerita tentang perkara yg melibatkan org lain atau lebih tepat lagi mengumpat.

11. Matang apabila bersama dengannya. Lelaki tidak gemar dengan wanita yg terlalu keanak-anakan. Apatah lagi kalau anda sememangnya sudah berusia.

12. Jangan sesekali membandingkan si dia dgn rakan lelaki yg lain. Perkara itu hanya akan membuatnya marah atau lebih teruk, si dia tidak akan berasa selesa bila bersama dengan anda lagi.

13. Jadilah peneman si dia sama ada di waktu senang atau susah. Wanita sebegini selalunya akan menjadi sumber inspirasi atau kekuatannya apabila berhadapan dengan sesuatu masalah.

14. Jadilah pendengar yg setia. Jangan sesekali memotong percakapannya apabila si dia sedang bercakap. Lelaki tidak suka wanita yg terlalu banyak bercakap tetapi tidak tahu mendengar apabila org lain berbicara.

15. Pandai membelai. Walaupun lelaki sinonim dengan sifat kasar, namun pada waktu tertentu mereka sangat suka apabila dibelai oleh insan yg paling dicintainya.

16. Jangan terlalu suka meminta², merengek atau mendesak² kepada lelaki. Lelaki tidak gemar wanita terlalu berkuasa di dalam sesebuah perhubungan. Jika anda sangat memerlukan sesuatu perkara, mintalah secara baik kerana lelaki selalunya mudah untuk bertolak ansur dlm pelbagai perkara.

17. Sentiasa menunjukkan sikap prihatin kepada teman lelaki atau suami. Apa salahnya sesekali anda menghubunginya untuk mengucapkan selamat pagi atau selamat makan tengahari kepadanya. Walaupun nampak kecil, tetapi apa yg anda lakukan memberi impak yg cukup besar terhadap teman lelaki atau suami anda.

18. Belajar berdikari dan jangan terlalu bergantung harap pada si dia. Selalunya lelaki tidak suka melakukan perkara yg remeh kerana banyak lagi perkara yg lebih penting perlu mereka fikirkan. Apa salahnya anda pergi ke pasar atau membayar bil seorang diri.

19. Tunjukkan kepadanya bahawa anda mempunyai prinsip hidup yg jelas. Jangan sesekali membiarkan lelaki mempermainkan anda. Lelaki selalunya lebih menghormati golongan wanita yg sebegini.

20. Berterus teranglah dengan teman lelaki atau suami anda. Jangan sesekali menyorokkan kebenaran daripada mereka walaupun sesetengah kebenaran itu sememangnya pahit untuk ditelan.

21. Berikan nsedikit kebebasan kepada si dia. Adakalanya lelaki juga mahu menghabiskan masa mereka bersama teman² mereka yg lain. Kalau anda boleh melakukannya, pasti si dia tidak teragak² untuk terus bersama anda.

22. Belajar menghormatinya. Selain dirinya, anda juga perlu bijak menjaga hati ahli keluarga serta teman² rapatnya. Jika ahli keluarga serta teman²nya menyukai anda, itu merupakan satu petanda bahawa perhubungan anda akan berkekalan.

23. Jangan tunjukkan diri anda seperti seorang individu yg terlalu sempurna. Anda perlu terima hakikat bahawa di dalam dunia ini tiada seorang pun yg sempurna. Lelaki juga selalunya suka kepada wanita yg berani mengakui kelemahan dan kesilapan diri. Itu menunjukkan wanita tersebut sangat realistik dengan apa sahaja yg dilakukan.

24. Belajarlah memasak. Apa gunanya anda menjadi seorang wanita sekiranya andai tidak pandai memasak. Tidak perlu memasak masakan yg terlalu rumit, cukuplah jika si dia mampu menelan masakan anda. Apa yg penting anda menunjukkan minat untuk belajar memasak masakan kegemarannya. Pasti si dia berbangga dengan usaha anda itu.

25. Berpendidikan. Anda tidak semestinya perlu mempunyai segulung ijazah daripada mana² universiti. Tetapi tonjolkan sikap individu yg mempunyai etika serta sikap yg menyenangkan apabila anda bersama dengan si dia. Paling penting sentiasa bertindak rasional dan berfikiran positif apabila anda mengalami sebarang masalah.


sumber: gua.com

Wednesday, August 19, 2009

Manfaat berjalan kaki


Senaman melangkah laju beri kesan kesihatan serta kecantikan


RAMAI wanita yang beranggapan senaman di gimnasium saja sudah memadai untuk mendapatkan badan yang sihat serta cergas. Tanggapan sedemikian menenggelamkan satu lagi amalan senaman yang bukan saja mudah dibuat, tetapi tidak membabitkan sebarang kos.


Inilah keistimewaan aktiviti atau senaman berjalan kaki laju yang memberi lebih banyak manfaat kepada kesihatan dan kecantikan berbanding berjalan kaki secara santai.


Ini bukan sekadar andaian, tetapi terbukti menerusi beberapa kajian termasuk kajian di Belanda membabitkan 5,209 responden dalam tempoh 46 tahun. Hasil kajian yang disiarkan Archives of Internal Medicine mendakwa amalan berjalan kaki 30 minit sehari, dapat menambah kira-kira 1.3 tahun kepada hayat seseorang.


Malah, amalan berjalan kaki laju itu mempunyai sembilan manfaat iaitu:


Berat badan stabil

Amalan berjalan kaki laju juga meningkatkan metabolisma tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang, lebih banyak lagi kalori akan terbakar apabila metabolisma tubuh meningkat sehingga peningkatan berat badan sukar berlaku.


♦ Menurunkan berat badan

Selain mampu menstabilkan berat badan, mereka yang mengalami pertambahan berat badan disarankan supaya melakukan senaman berjalan kaki laju secara rutin.


♦ Risiko elak serangan jantung

Seperti yang kita semua tahu, otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras supaya ia sentiasa berfungsi dengan normal. Justeru, berjalan kaki laju mempercepatkan aliran darah ke dalam koroner jantung.


Selain itu, kelenturan pembuluh darah menguncup dan mengembang ketika berjalan laju juga cenderung menyebabkan tekanan darah menjadi lebih rendah selain dapat mengurangkan risiko berlakunya darah beku di pembuluh darah ke jantung.


♦ Angin ahmar atau strok

Walaupun masih tiada bukti kukuh mampu mengaitkan senaman berjalan kaki laju dengan strok namun kajian dilakukan terhadap 70,000 pesakit di Sekolah Kesihatan Awam Harvard, Amerika Syarikat, yang sering berjalan kaki iaitu purata 20 jam seminggu, risiko mereka diserang strok menurun sebanyak 2 daripada 3 kes.


♦ Mencegah kencing manis

Dengan membiasakan berjalan kaki laju sekitar 6 kilometer sejam dipercayai mampu mencegah masalah diabetes Tahap 2 terutama di kalangan individu bertubuh gempal. (Sumber: Institut Diabetes dan Masalah Hati Kebangsaan).


Gula di dalam darah juga dapat dikawal dengan cara berjalan kaki (brisk walking), justeru ubat tidak diperlukan. Ia bermakna, berjalan kaki laju sama manfaatnya dengan mengambil ubat anti diabetes.


♦ Mencegah osteoporosis

Pergerakan badan yang aktif dan berjalan kaki laju boleh memperkuatkan otot badan serta tulang. Individu yang sering melakukan senaman dan cukup sumber kalsium di dalam badan boleh terhindar daripada ancaman kereputan tulang sehingga usia 70 tahun.


♦ Meredakan sakit lutut

Lebih sepertiga mereka yang lanjut usia di Amerika Syarikat mengalami masalah sakit lutut atau osteoarthiris. Dengan membiasakan diri berjalan laju atau berjalan di dalam kolam renang mampu meredakan masalah itu.


Bagaimanapun, untuk penghidap osteoarthiris, mereka disarankan melakukan senaman berjalan kaki berselang-seli supaya sendi tidak terjejas.


♦ Tekanan

Pergerakan badan terjadi ketika berjalan kaki laju juga sebenarnya dapat membantu pesakit yang mengalami tekanan perasaan. Berjalan kaki laju dapat menggantikan ubat anti tekanan yang harus diambil secara rutin. Kajian terhadap kaitan antara masalah tekanan perasaan dan berjalan kaki sudah dilakukan sejak 10 tahun lalu.


♦ Kanser

Pembunuh nombor satu ini dikatakan mampu dijauhkan jika anda rajin berjalan kaki, setidak-tidaknya kanser usus besar. Seperti yang anda semua maklum, pergerakan badan membantu melancarkan penghadaman usus. Kajian juga ada menyebut mengenai peranan berjalan kaki di dalam mengurangkan risiko terkena kanser payudara.


Tip jalan laju


♦ Pilih kasut yang dapat lindungi dan jadikan kaki selesa

♦ Lokasi sesuai seperti tempat atau padang rata

♦ Langkah betul - Buat langkah sebesar mungkin bagi pergerakan lebih laju

♦ Gerakkan lengan ketika berjalan

♦ Sematkan dalam minda yang anda sedang mengejar sesuatu

♦ Tingkatkan kelajuan langkah serta tempoh senaman

Wednesday, August 12, 2009

Bersedia beri Komitmen


WALAUPUN bertahun lamanya menjalinkan hubungan cinta, namun si dia masih tidak menunjukkan sebarang perubahan dalam perhubungan.


Bukan hendak mendesak supaya memutuskan hubungan tetapi menyuruhnya membuat persediaan awal sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan.


Sekiranya anda berdepan dengan masalah sebegini, apakah cara terbaik untuk si dia memberikan komitmen?


♥ Cintai diri sendiri
Sekiranya anda belum berasa selesa dengan keadaan diri sendiri, jangan mengharapkan orang lain mencintai anda seperti anda menyintai dirinya.


Manfaatkan waktu terluang dengan melakukan hobi yang digemari atau meneroka setiap aspek spiritual, supaya diri anda sentiasa diisi dengan perkara-perkara yang positif.


♥ Ekspresi cinta tanpa syarat
Sesekali apa salahnya anda memberikan kejutan kecil seperti menyediakan sajian kegemarannya atau menghadiahkan sesuatu yang lebih istimewa. Yang penting, dia mengetahui bahawa anda tidak keberatan atau susah-payah melakukan semuanya itu semata-mata untuk dirinya.


♥ Tidak perlu bersandiwara
Menurut penulis buku Mars and Venus on a Date, John Gray, ciri-ciri yang perlu ada dalam hubungan cinta ialah kedua-dua belah pihak seharusnya mengetahui peranan masing-masing.


Ini bermakna, singkirkan sikap dan prasangka buruk yang boleh merosakkan perhubungan selama ini. Misalnya, suka membesar-besarkan masalah, merajuk tanpa sebab yang munasabah serta bersikap cemburu sekiranya ada wanita cuba berdampingan dengannya.


♥ Berikan masa
Berbanding wanita, kaum Adam akan berfikir lebih jauh sebelum memutuskan untuk memberi komitmen kepada pasangannya.


Tidak dinafikan, memang ada lelaki yang memutuskan lebih awal untuk mendirikan rumah tangga. Tetapi itu sekadar impian dan bukannya realiti.


♥ Bicara dengannya
Jika anda perlu berbicara dengannya, pertimbangkan dengan matang setiap pendekatan yang akan anda lakukan itu. Hindari sikap ungkit-mengungkit masalah berkaitan masa depan dengan ucapan yang serius atau bernada tinggi.


Sebaliknya, lebih menguntungkan apabila anda mampu menunjukkan sikap positif dan santai.


♥ Tarik diri
Anda telah melakukan pelbagai pendekatan, namun si dia masih enggan memberi komitmen. Mungkin sudah tiba masanya anda memberikan ruang untuknya berfikir. Rencanakan perjalanan anda seorang diri selama beberapa hari. Sepanjang berjauhan dengannya, dia akan menyedari rasa kehilangan dan merasakan hidupnya tidak lengkap tanpa kehadiran anda.